Isnin, 22 Februari 2010

Kepentingan Jadual Waktu Belajar


Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran.
Antaranya ialah:

1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.

2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.

3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.

4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.

7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.

8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.

9. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Contoh Jadual Belajar Di Rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan