Isnin, 4 April 2011

RUMAH HANTU SKTJJ3 2011


JEMPUT DATANG KE RUMAH HANTU SK TAMAN JOHOR JAYA 3

Sempena Hari Keusahawanan ini, seramai 10 ekor hantu telah dipanggil untuk memeriahkan Rumah Hantu SK Taman Johor Jaya ini.

Ini adalah sebahagian hantu yang bakal anda lihat.


ingin lebih lagi?

nak tengok secara langsung?

Datang jangan tak datang!!!
murah murah!!!

Ahad, 3 April 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK


Pada 2 April 2011, SK Taman Johor Jaya 3 telah menghantar pasukan bola sepak bagi pertandingan peringkat zon Johor jaya. Pasukan sekolah hanya mampu menang sekali dengan SK Permas Jaya 5 dengan jaringan 1-0 namun tewas dengan SK Taman Molek dengan jaringan 0-2

walaupun gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, pasukan SKTJJ3 telah memberikan tentangan yang hebat dan hanya kalah disebabkan faktor padang yang berair akibat hujan dan permainan yang kurang konsisten. Syabas diucapkan. Cuba lagi tahun depan!.

HARI KEUSAHAWANAN SK TAMAN JOHOR JAYA 3

PERHATIAN!

SK Taman Johor Jaya 3 akan mengadakan Karnival Hari Keusahawanan. Butiran lengkap boleh
diketahui seperti di bawah:

Tempat: SK Taman Johor Jaya 3
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Hari: Sabtu
Tarikh: 9 April 2011

Acara: Mini Zoo, Rumah Hantu, Jumble Sale, Penerbangan Akrobatik, Menunggang Kuda,
Teka Gula-gula, Jualan makanan dan minuman,

Sehubungan dengan ini, murid-murid SKTJJ3 dikehendaki membeli sekurang-kurangnya satu kupon berharga RM 5.oo untuk dibelanjakan pada hari itu. Setiap kupon yang dibeli akan diberikan satu tiket cabutan bertuah yang hadiahnya terdiri daripada basikal dan oven.

Pihak SKTJJ3 juga turut menjemput semua pihak yang berminat dan terbabit dengan SKTJJ3 untuk datang memeriahkan lagi karnival hari Keusahawanan ini.

JEMPUT DATANG!...........

Rabu, 23 Mac 2011

Sekilas 2011 SK Taman Johor jaya 3

Salam & selamat sejahtera. Ini merupakan post pertama SK Taman Johor Jaya 3 pada tahun 2011 ini. Berikut merupakan acara yang telah dilakukan oleh pihak sekolah sepanjang 3 bulan pertama tahun ini.

Mesyuarat Agong PIBG dan Anugerah Kecemerlangan kali ke 11

Diadakan pada 15 januari 2011. Mesyuarat Agong PIBG kali ini telah menarik ramai ibu-bapa untuk datang ke sekolah. Penglibatan pihak ibu-bapa amat dialu-alukan untuk sama-sama menaikkan lagi prestasi sekolah. Mesyuarat Agong ini juga turut disertakan sengan sesi anugerah kecemerlangan dan cabutan bertuah.Sebanyak lebih 30 hadiah disediakan untuk guru dan ibu-bapa yang bertuah.




Watikah Perlantikan

Diadakan pada 26 januari 2011. Acara ini bersempena penyampaian watikah perlantikan kepada pemimpin kecil termasuklah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, PRS, dan SPBT



Larian Mahkota perdana

Diadakan pada 12 Februari 2011. Acara ini diadakan serentak di seluruh negeri Johor bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan rakyat yang cergas. semua peserta diberikan sijil sebagai tanda penghargaan. pihak sekolah juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG kerana turut serta memberi pertolongan dalam menjayakan acara ini.




Solat Hajat Perdana

Diadakan pada 3 Mac 2011 untuk kali pertama pada tahun ini. Semua murid tahun 6 melibatkan diri bersama keluarga masing-masing. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.



Pertandingan Boling BAGUSS (Bilik Guru sekolah)

Diadakan pada 8 Mac 2011 di Pusat Boling Daiman. Acara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim ahli BAGUSS. Pertandingan ini turut disertai guru Praktikum dan guru ROS. tahniah diucapkan kepada En Yahya (GPK Hem) dan Cik Azrine (guru ROS) kena memenangi jatuhan pin terbanyak inidividu. Manakala untuk acara berkumpulan, dimenangi kumpulan 7 yang dianggotai En Hanif, En Namran, Cik Munirah dan Cik Azrine.





Rabu, 17 November 2010

SEKITAR HARI KEPUTUSAN UPSR 2010

Keputusan UPSR 2010 sktjj3 telah pun diketahui. seramai 7 orang pelajar mendapat 5A dan 8 orang pelajar mendapat 4A 1B. Keputusan ini menyamai rekod pelajar cemerlang pada tahun lepas. Namun sekolah menunjukkan peningkatan dari segi peratus lulus dan GPA sekolah turut meningkat. Syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya, Semoga sktjj3 sentiasa tersemat di hati mereka, syabas semua!.

Berikut adalah gambar-gambar ketika menerima keputusan UPSR 2010

Rabu, 10 November 2010

KONVOKESYEN PRA SEKOLAH SKTJJ3



Pada 8 November 2010, telah berlangsung konvokesyen pra sekolah yang disertai oleh semua pra-sekolah di PPD Pasir Gudang.

LAWATAN MELAKA 2010


Pada 30 okt 2010 yang lepas, SK Taman Johor Jaya 3 telah menganjurkan lawatan jejak warisan ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena Melaka Maju 2010.


Lawatan selama 1 hari ini disertai seramai 32 orang murid beserta 9 orang guru pengiring termasuk Puan GB sendiri. Antara tempat yang sempat dilawati ialah Zoo Melaka, River Cruise sungai Melaka, Menara taming sari dan termasuk juga acara sampingan seperti menaiki beca beramai-ramai, melawat kota A-Famosa dan membeli-belah di Dataran Pahlawan Mall.


Pihak sktjj3 berazam untuk menganjurkan lawatan yang lebih menarik lagi pada tahun depan. kepada pelajar sktjj3, jom sertainya!