Isnin, 31 Mei 2010

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (SETARA) 2010

Bermula 1 Jun (selasa) hingga 4 jun (jumaat) 2010, SKTJJ3 akan mengadakan peperiksaan pertengahan tahun (SETARA) sebelum murid - murid mula bercuti panjang sempena cuti pertengahan tahun.
Berikut adalah jadual peperiksaan bagi tahap 1 dan tahap 2.
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Tahap 1

Tahap 2

Bersempena ini juga, pihak SKTJJ3 juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar SKTJJ3 dan selamat melangsungkan majlis perkahwinan kepada En fazrul dan Cik Noraini. Semoga Bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Selasa, 25 Mei 2010

KEPUTUSAN SUBJEK MATEMATIK UPPM 2 2010 6 ALFARABI

Salam.
Tahniah kepada anak didik sekalian. Anda sudah berjaya dengan usaha yang anda telah lakukan.
Tingkatkan usaha dan istiqamah dengan usaha yang telah anda lakukan.

Sila klik disini untuk melihat pencapaian anda.

KEPUTUSAN MATH UPPM2

PERBANDINGAN MARKAH MATH KERTAS 1

PERBANDINGAN MARKAH MATH KERTAS 2


Sekian, terima kasih

Isnin, 24 Mei 2010

SAMBUTAN MAJLIS PENUTUPAN RASMI BULAN BUDI BAHASA

Murid - murid Pra sekolah sedang mengadakan persembahan


Bertempat di dewan SKTJJ3, telah berlangsung majlis penutupan rasmi, Bulan Budi Bahasa peringkat sekolah pada hari Isnin, 24. Mei 2010.

Program Budi Bahasa ini secara amnya bertujuan untuk menyemai sikap berbudi bahasa di kalangan murid - murid dan guru - guru. Sikap berbudi bahasa ini sebenarnya telah lama cuba dipupuk oleh warga SKTJJ3 bukan sahaja pada bulan ini tetapi setiap masa secara berterusan.

Tidak dapat dinafikan memupuk sikap berbudi bahasa di kalangan murid - murid sekarang bukan mudah dek arus gelombang modenisasi dan dunia di hujung jari sekarang namun dengan semangat guru - guru dan penglibatan semua murid - murid, sikap ini dapat dipupuk sedikit demi sedikit dan program seperti ini sangat besar relevannya kepada pihak sekolah.

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan dan tokoh pelajar Budi Bahasa sekolah 2010.

Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU SKTJJ3 2010 MERIAH!


Guru - guru SKTJJ3 bergambar kenang - kenangan sempena Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru di SKTJJ3 pada hari Isnin, 17hb 5 berlangsung dengan meriah dan penuh makna. Majlis dimulakan dengan perhimpunan yang diadakan di dewan SKTJJ3 diikuti dengan teks utusan ucapan Hari Guru yang dibacakan oleh PK1, En Md Yussof dan Puan GB, Pn Rohani Wahab.

Sesi memotong Kek Hari Guru oleh GB

Disusuli dengan acara pertukaran hadiah, memotong kek Hari Guru dan sesi bergambar kenang - kenangan. Majlis selepas itu diteruskan lagi dengan acara sukaneka dan diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah serta anugerah kepada guru.

Sesi pertukaran hadiah antara guru - guru.

Majlis berlangsung dengan lancar sekali. Para guru turut mendapat penghargaan daripada murid seperti pemberian hadiah yang begitu banyak sekali. Akhir sekali para guru dijamu dengan nasi beriani serta kek hari guru sebelum pulang.

Wajah - wajah ceria Hari Guru SKTJJ3 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

BOLING HARI GURU

sila klik

Sambutan hari guru SKTJJ3 tahun ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan boling antara guru yang diadakan di Pusat Boling Daiman, Jalan Dedap, Taman Johor Jaya. Pasangan guru turut dijemput untuk sama - sama memeriahkan lagi pertandingan ini

Para guru dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mana telah dimenangi oleh kumpulan PK 1, En. Md Yussof. Sehubungan dengan berlangsungnya pertandingan ini dengan gilang gemilang, pihak akhbar UTUSAN telah menyiarkan berita mengenai pertandingan boling ini pada akhbar bertarikh Sabtu, 15hb may 2010.

GOTONG ROYONG SKTJJ3

Sempena Hari Guru 2010, SKTJJ3 telah mengadakan gotong - royong yang turut diadakan di seluruh Malaysia untuk membersih dan mencantikkan lagi kawasan SKTJJ3.
Kawasan yang menjadi tumpuan ialah di sekitar kawasan sekolah seperti longkang dan tandas, papan - papan kenyataan melibatkan semua panitia - panitia dan bilik - bilik khas SKTJJ3.

Murid Tahun 6 membersih longkang

Cikgu Faizal berkerja keras di Bilik Data/Peperiksaan

Khamis, 13 Mei 2010

MAJLIS YASIN DAN SEMBAHYANG HAJAT HARI GURU 2010


Sempena sambutan hari guru 2010, PPD Pasir Gudang telah mengadakan majlis yasin dan sembahyang hajat melibatkan semua sekolah di bawah PPD Pasir Gudang. Majlis ini telah diadakan di Masjid Taman Desa Jaya dan SKTJJ3 telah dilantik menjadi AJK di dalam majlis ini.

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan penuh kesyukuran. Kedatangan juga amat memuaskan dan banyak makanan dan minuman disediakan dan disumbangkan sempena majlis ini.

Isnin, 10 Mei 2010

BERSYUKURLAH DAPAT MENJADI GURU

Sejak kebelakangan ini, banyak sungguh rungutan daripada mereka yang bergelar guru. Ada sahaja yang tidak puas hati terhadap apa yang dinikmati sekarang.

Bermula dengan isu guru penat mengajar, guru teraniaya, guru tersiksa mengajar di kawasan pedalaman dan entah apa-apa lagi, setiap rungutan dipaparkan bagi meraih simpati kerajaan dan orang ramai.

Meneliti setiap rungutan yang dipaparkan oleh media, nampaknya guru sekarang terlalu berkira dan tidak lagi ikhlas bekerja demi agama, bangsa dan negara.

Pepatah, guru menerangi kehidupan orang lain tidak lagi sesuai dipraktikkan kerana segala apa yang dilakukan guru sekarang, mereka mahukan pembalasan sama ada gaji lebih, elaun lebih dan lain-lain.

Jika itulah rungutan guru sekarang, cuba fikirkan tentang rakan penjawat awam atau swasta lain yang sesetengahnya bergaji jauh lebih rendah, walaupun memiliki kelulusan akademik yang sama.

Kalau tak sanggup pikul tugas sebagai guru, lebih baik letak jawatan agar murid dan pelajar tidak menjadi mangsa guru yang terlalu berkira dan tidak ikhlas bekerja.

PENOREH GETAH
Jeli, Kelantan

- FORUM UTUSAN

Ahad, 9 Mei 2010

BILIK AKSESS SKTJJ3

Bilik Aksess SKTJJ3 kini telah mula beroperasi sepenuhnya dan telah dilengkapi dengan lima buah komputer beserta dengan kemudahan printer, scanner dan Astro.

Pihak guru bolehlah menggunakan semua kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan lagi kemantapan di dalam proses PNP bagi menaikkan nama SKTJJ3. Banyak lagi kemudahan yang bakal menyusul yang kini sedang diusahakan oleh pihak ICT dan Bilik Aksess SKTJJ3.

Sabtu, 8 Mei 2010

SAMBUTAN MINGGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Sempena minggu Budi Bahasa Budaya Kita, pihak SKTJJ3 telah mengadakan aktiviti seperti ceramah, pertandingan mewarna tahun 3 dan melukis poster tahap 2,
pertandingan mendeklamasikan sajak dan bercerita.Sambutan yang hangat telah diberikan dan
semua murid serta para guru dpat menyelami makna disebalik sambutan ini.

Berikut ialah selingan gambar aktiviti pada hari Budi Bahasa Budaya Kita
Murid tahun 3 sedang mewarna
Para peserta pertandingan berceritaSeorang peserta bercerita sedang beraksi