Memaparkan catatan dengan label kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurikulum. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

HARI KEUSAHAWANAN SK TAMAN JOHOR JAYA 3

PERHATIAN!

SK Taman Johor Jaya 3 akan mengadakan Karnival Hari Keusahawanan. Butiran lengkap boleh
diketahui seperti di bawah:

Tempat: SK Taman Johor Jaya 3
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Hari: Sabtu
Tarikh: 9 April 2011

Acara: Mini Zoo, Rumah Hantu, Jumble Sale, Penerbangan Akrobatik, Menunggang Kuda,
Teka Gula-gula, Jualan makanan dan minuman,

Sehubungan dengan ini, murid-murid SKTJJ3 dikehendaki membeli sekurang-kurangnya satu kupon berharga RM 5.oo untuk dibelanjakan pada hari itu. Setiap kupon yang dibeli akan diberikan satu tiket cabutan bertuah yang hadiahnya terdiri daripada basikal dan oven.

Pihak SKTJJ3 juga turut menjemput semua pihak yang berminat dan terbabit dengan SKTJJ3 untuk datang memeriahkan lagi karnival hari Keusahawanan ini.

JEMPUT DATANG!...........

Selasa, 20 Julai 2010

TAKLIMAT KAJIAN TINDAKAN

Pada hari rabu, 21.7.2010, telah berlangsung satu taklimat berkenaan kajian tindakan yang wajib dihasilkan oleh setiap guru SKTJJ3.

taklimat ini menekankan kepada:
  • Tajuk kajian
  • Nama penyelidok
  • Nama sekolah
  • Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
  • Isu yang dikaji
  • Objektif kajian
  • Kumpulan sasaran
  • Tindakan yang dirancang
  • Jadual perlaksanaan

Isnin, 24 Mei 2010

SAMBUTAN MAJLIS PENUTUPAN RASMI BULAN BUDI BAHASA

Murid - murid Pra sekolah sedang mengadakan persembahan


Bertempat di dewan SKTJJ3, telah berlangsung majlis penutupan rasmi, Bulan Budi Bahasa peringkat sekolah pada hari Isnin, 24. Mei 2010.

Program Budi Bahasa ini secara amnya bertujuan untuk menyemai sikap berbudi bahasa di kalangan murid - murid dan guru - guru. Sikap berbudi bahasa ini sebenarnya telah lama cuba dipupuk oleh warga SKTJJ3 bukan sahaja pada bulan ini tetapi setiap masa secara berterusan.

Tidak dapat dinafikan memupuk sikap berbudi bahasa di kalangan murid - murid sekarang bukan mudah dek arus gelombang modenisasi dan dunia di hujung jari sekarang namun dengan semangat guru - guru dan penglibatan semua murid - murid, sikap ini dapat dipupuk sedikit demi sedikit dan program seperti ini sangat besar relevannya kepada pihak sekolah.

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan dan tokoh pelajar Budi Bahasa sekolah 2010.

Ahad, 9 Mei 2010

BILIK AKSESS SKTJJ3

Bilik Aksess SKTJJ3 kini telah mula beroperasi sepenuhnya dan telah dilengkapi dengan lima buah komputer beserta dengan kemudahan printer, scanner dan Astro.

Pihak guru bolehlah menggunakan semua kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan lagi kemantapan di dalam proses PNP bagi menaikkan nama SKTJJ3. Banyak lagi kemudahan yang bakal menyusul yang kini sedang diusahakan oleh pihak ICT dan Bilik Aksess SKTJJ3.

Sabtu, 8 Mei 2010

SAMBUTAN MINGGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Sempena minggu Budi Bahasa Budaya Kita, pihak SKTJJ3 telah mengadakan aktiviti seperti ceramah, pertandingan mewarna tahun 3 dan melukis poster tahap 2,
pertandingan mendeklamasikan sajak dan bercerita.Sambutan yang hangat telah diberikan dan
semua murid serta para guru dpat menyelami makna disebalik sambutan ini.

Berikut ialah selingan gambar aktiviti pada hari Budi Bahasa Budaya Kita
Murid tahun 3 sedang mewarna
Para peserta pertandingan berceritaSeorang peserta bercerita sedang beraksi




Selasa, 9 Februari 2010

Fail Pengurusan Majlis Kurikulum

Panduan pengurusan Fail Majlis Kurikulum untuk semua ketua panitia.
SILA KLIK DI SINI

Sekian terima kasih.