Selasa, 27 Julai 2010

MARKAH UPPM 3 SUBJEK MATEMATIK 6 AL FARABI

Salam buat anak murid yang dikasihi

Sila di sini untuk melihatnya.

Tahniah dan syabas atas peningkatan pencapaian anda

Sekian, terima kasih

Selasa, 20 Julai 2010

TAKLIMAT KAJIAN TINDAKAN

Pada hari rabu, 21.7.2010, telah berlangsung satu taklimat berkenaan kajian tindakan yang wajib dihasilkan oleh setiap guru SKTJJ3.

taklimat ini menekankan kepada:
  • Tajuk kajian
  • Nama penyelidok
  • Nama sekolah
  • Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
  • Isu yang dikaji
  • Objektif kajian
  • Kumpulan sasaran
  • Tindakan yang dirancang
  • Jadual perlaksanaan

Ahad, 4 Julai 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH SKTJJ3

Para guru beserta pelajar Pra SKTJJ3

Pada 25 – 26 Jun 2010, pihak Pra Sekolah SKTJJ3 diketuai oleh Pn Azrina dan Pn Hana telah menganjurkan lawatan sambil belajar yang disertai oleh murid – murid Pra Sekolah beserta waris masing – masing serta sebilangan kecil murid – murid tahap 1 dan 2. Guru pengiring yang turut serta pula ialah En Hanif, En Rozaimi dan Utzh Rohayati.

Lawatan ini memilih Melaka sebagai destinasi utama dimana rombongan telah melawat Melaka Tropical fruit Farm di Sungai Udang pada hari pertama. Di sini rombongan telah dibawa melawat serta mengenali pelbagai jenis pokok buah – buahan. Selepas itu, rombongan turut dijamu dengan pelbagai jenis buah – buahan tempatan yang segar sekali. Layanan yang diberikan pula cukup memuaskan.


Jamuan Buah - buahan Segar


Bersejarah- Pokok 'Brasil Nuts' berusia 120 tahun


Pada hari kedua, destinasi lawatan ialah di Bandar Melaka dimana tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, River Cruise di Sungai Melaka, Menikmati pemandangan di Menara Taming Sari dan membeli buah tangan dan cenderamata kenangan sebelum bertolak pulang pada sebelah petangnya.


Menikmati pemandangan di sungai Melaka


Pemandangan melalui menara Taming Sari


Secara amnya, lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik sekali daripada para pelajar beserta pihak penganjur.Tahniah diucapkan kepada pihak Pra Sekolah SKTJJ3 kerana lawatan ini dapat diuruskan denan lancar sekali.