TENTANG SKTJJ3

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), Johor Bahru telah dibuka dengan rasminya pada 4 Disember 1999 oleh yang berusaha Penyelia Pendidikan Daerah Johor Bahru, Dr. Aziz Bin Sidek.

Taklimat tersebut diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), yang dihadiri oleh semua ibu bapa murid yang mula mendaftarkan anak masuk ke sekolah ini. Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah agihan dari Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), dan juga murid-murid yang bertukar masuk dari sekolah lain.

Pada bulan bulan Disember 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah melantik Encik Mohd.Samudin bin Johari sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada waktu sekolah ini dibuka, guru di sekolah ini adalah seramai 21 orang manakala jumlah murid seramai 412 orang.

Struktur bangunan sekolah ini adalah terdiri daripada tiga blok bangunan 4 tingkat (Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Blok Teknologi), sebuah kantin, dan sebuah padang permainan. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Perkembangan Staf, Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Rawatan, Bilik Kokurikulum, Bilik Alat Bantuan Mengajar, Bilik Tayang, Bilik Perpustakaan, Bilik Sembahyang, Bilik Wuduk, Bilik SPBT, Bilik Pra Sekolah, dan Bilik Koperasi.


Kedudukan sekolah ini adalah terletak di tengah-tengah taman perumahan yang pesat membangun dan ini telah mengakibatkan peningkatan jumlah pelajarnya pada setiap bulan. Namun begitu, pembukaan sekolah-sekolah baru berdekatan membawa arus turun naik yang ketara pada jumlah ahli sekolah ini. Kini, jumlah pelajar sekolah (setakat Januari 2005) adalah 462 orang, berserta guru dan kakitangan sokongan seramai 29 orang.

Disediakan Oleh
Mohd Fauzi bin Saem
Guru ICT SKTJJ3, JB

DEFINISI LENCANA

SKTJJ 3
Bermaksud nama sekolah ini, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), Johor Bahru

Dua Panah Yang Bertentangan Arah
Sekolah ini sentiasa bersedia mengikut arus perkembangan semasa dengan visi dan wawasannya yang tersendiri.

Glob Jangka
Sekolah ini sentiasa mengutamakan kepentingan ilmu dan masa

Bestari, Cemerlang, Berkesan
Motto dan Visi yang didukung oleh warga sekolah ini.

Merah
Menandakan perjuangan hidup untuk dunia dan akhirat

Kuning
Sentiasa patuh mengikut peraturan yang digariskan dengan penuh disiplin dan bersemangat tinggi.

Biru
Sentiasa mengamalkan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk mencapai cita-cita dan kejayaan.


Dimurnikan oleh :
En NoorAzman bin Abd Rahman
Encik Mohd.Hassim bin Sohimy. 

MOTTO SEKOLAH

Motto “BESTARI CEMERLANG BERKESAN” membawa maksud BESTARI CEMERLANG BERKESAN dalam bidang :

v PENTADBIRAN
v PENGURUSAN
v KURIKULUM
v KOKURIKULUM
v KECERIAAN SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, kokurukulum dan bersahsiah tinggi. Disamping turut memberikan perkhidmatan berkualiti dan menepati aspirasi Falsafah Pendidikan Negara

LAGU SEKOLAH

Sekolah Johor Jaya Tiga
Nama sekolah kita
Namamu kujunjung setia
Membina bangsa berjaya
Semangat gigih bersatu
Usaha minda berpadu
Berusaha beramal setiap waktu
Maju kita, bertambah maju
Tidak leka, tidak jemu, tidak lemah
Kita generasi anak Malaysia
Sama kita mengibar Jalur Gemilang
Kita berpadu, kita bersatu penuh cemerlang
Bijak kita mengurus waktu
Sentiasa mencari ilmu
Semangat kita sentiasa bersatu
Hasil usaha tinggi bermutu
Kita murid Johor Jaya Tiga
Menggengam budaya cemerlang
BESTARI CEMERLANG BERKESAN
Cogan kata kita, sepanjang zaman.



Lirik
Hassim bin Sohimy

Gubahan
Mahmud bin Jabar 

LOGO MAJLIS SUKAN SEKOLAH

MISI

Memberi pendidikan terbaik kepada semua murid untuk melahirkan warganegara yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara 

VISI

Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 manjdi antara sekolah terbaik di daerah Pasir Gudang pada Tahun 2012 

JANAAN SEMULA
HANIF CHE HASIM
SKTJJ3