Isnin, 22 Februari 2010

Kepentingan Jadual Waktu Belajar


Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran.
Antaranya ialah:

1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.

2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.

3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.

4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.

7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.

8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.

9. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Contoh Jadual Belajar Di Rumah

Ahad, 21 Februari 2010

Bagaimana Mengatasi Anak Nakal

Assalamualaikum... Bagaimana caranya untuk menangani anak-anak yang terlalu nakal.

Untuk mendapatkan informasi yang lebih, sila klik di sini

Semoga anda mendapat manfaatnya.
Wassalam

Kelebihan Solat Hajat

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini.

Maklumat lebih lanjut sila klik di sini

Sekian terima kasih

Jadual Baru Mulai 23 Februari 2010

Perubahan ini disebabkan perubahan jadual Puan Goh Joon Far yang memerlukan kekosongan masa pada hari Khamis jam 12.10 hingga 1.10 untuk program Panitia Bahasa Inggeris.

Untuk mendapatkan jadual keseluruhan sila klik disini

Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih

Khamis, 18 Februari 2010

Standard Kualiti Pengajaran Matematik

SKPM (Standard Kualiti Pengajaran Matematik) akan diperkenalkan di SK Taman Johor Jaya 3. SKPM mensasarkan setiap murid diwajibkan menyelesaikan latihan matematik sebanyak 200 seminggu atau 40 soalan sehari.

Mudah-mudahan usaha memberi kejayaan kepada anak-anak kita semua.

Wassalam

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendisiplinkan Anak-Anak

Mungkin artikel ini dapat membantu kita dalam mendisiplin anak-anak kita. Ibu bapa yang berdisiplin akan pasti berjaya mendidik anak-anaknya.

SILA KLIK DI SINI UNUTK MAKLUMAT LANJUT

Semoga anda mendapat manfaatnya.

Rabu, 17 Februari 2010

Pengurusan Grafik Untuk Guru Bahasa Melayu

Bahan ini dapat membantu guru mengajar BM dengan menggunakan kaedah pengurusan grafik.
SILA KLIK DI SINI

Selasa, 9 Februari 2010

Fail Pengurusan Majlis Kurikulum

Panduan pengurusan Fail Majlis Kurikulum untuk semua ketua panitia.
SILA KLIK DI SINI

Sekian terima kasih.

Ahad, 7 Februari 2010

KEPUTUSAN PKSR 1 TAHUN 6 AL FARABI 2010

Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha untuk pencapaian terbaik anda.
SILA KLIK DI SINI

Jangan berputus asa.